Saturday, February 19, 2011

MINYAK WANGI BERALKOHOL ?????

Adakah minyak wangi beralkohol najis??? Saya terbaca pelbagai pendapat tentang penggunaan minyak wangi yang beralkohol, ada yang kata haram kerana ia memabukkan, ada pula yang mengatakan ia bukan najis. Yang mana satu yang betul???

Jawapan:

Sebelum menjawab soalan ini, adakah lebih baik jika diterangkan secara ringkas apa itu alokohol yang digunakan di dalam minyak wangi yang dicampurkan dengan arak. Alkohol terhasil daripada proses tindakan kimia biji-bijian dan kayu-kayuan. Alcohol yang dihasilkan dari biji-bijian ini yang dinamakan sebagai “alcohol etil” (alcohol Ethyl) atau”thanol”. Sementara alcohol yang terbentuk daripada kayu-kayuan pula disebut sebagai “Methyl” atau methanol. Alkohol etil yang dihasilkan daripada biji-bijian yang diperam cecairnya sehingga menjadi bir atau wain digunakan untuk minuman, bahan bakar yang mesra alam dan juga sebagai pengawet ubat-ubatan.
Alkohol yang dicampurkan di dalam minyak wangi untuk menyemarakkan harumannya bukan jenis ethanol sama yang digunakan di dalam arak. Sebaliknya ia menggunakan ethanol mutlak (absolute ethanol) yang merupakan alcohol yangmenyampurkan hanya sedikit air dan bahan lain. Oleh itu, kesannya juga berbeza dengan arak, dan tidak lagi dinamakan sebagai arak. Malah alcohol jenis ini jika dimakan tidak akan menyebabkan peminumnya mabuk sebaliknya mati!!!
Berdasarkan kepada penjelasan di atas, ternyata minyak wangi yang menggunakan alcohol tidak najis dan boleh digunakan ketika bersolat. Ini juga adalah fatwa yang dikeluarkan oleh majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa al-Azhar. Begitu juga Sheikh Sya’rawi dalam bukunya Anta Tas’al Wa Islam Tujib (Anda Bertanya Islam Menjawab) bahawa minyak wangi yang menggunakan alcohol tidak najis.

No comments:

Post a Comment