Saturday, March 12, 2011

~SaHabaT~.. imam shafie

"Aku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku..sahabat yg baik adalah yg seiring dgnku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup@selepas matiku,,ku hulurkan tgn kpd sahabtku utk berkenalan krn aku akn merasa senang, semakin ramai sahbt,aku smkin percaya diri,aku selalu berharap mendapat sahabt sejati yg tak luntur dlm suka/duka, jika aku dpt aku ingin setia pdanya.." ~Imam Syafie~ .. crilah siapa sahabat sejati anda..

Saturday, February 19, 2011

MINYAK WANGI BERALKOHOL ?????

Adakah minyak wangi beralkohol najis??? Saya terbaca pelbagai pendapat tentang penggunaan minyak wangi yang beralkohol, ada yang kata haram kerana ia memabukkan, ada pula yang mengatakan ia bukan najis. Yang mana satu yang betul???

Jawapan:

Sebelum menjawab soalan ini, adakah lebih baik jika diterangkan secara ringkas apa itu alokohol yang digunakan di dalam minyak wangi yang dicampurkan dengan arak. Alkohol terhasil daripada proses tindakan kimia biji-bijian dan kayu-kayuan. Alcohol yang dihasilkan dari biji-bijian ini yang dinamakan sebagai “alcohol etil” (alcohol Ethyl) atau”thanol”. Sementara alcohol yang terbentuk daripada kayu-kayuan pula disebut sebagai “Methyl” atau methanol. Alkohol etil yang dihasilkan daripada biji-bijian yang diperam cecairnya sehingga menjadi bir atau wain digunakan untuk minuman, bahan bakar yang mesra alam dan juga sebagai pengawet ubat-ubatan.
Alkohol yang dicampurkan di dalam minyak wangi untuk menyemarakkan harumannya bukan jenis ethanol sama yang digunakan di dalam arak. Sebaliknya ia menggunakan ethanol mutlak (absolute ethanol) yang merupakan alcohol yangmenyampurkan hanya sedikit air dan bahan lain. Oleh itu, kesannya juga berbeza dengan arak, dan tidak lagi dinamakan sebagai arak. Malah alcohol jenis ini jika dimakan tidak akan menyebabkan peminumnya mabuk sebaliknya mati!!!
Berdasarkan kepada penjelasan di atas, ternyata minyak wangi yang menggunakan alcohol tidak najis dan boleh digunakan ketika bersolat. Ini juga adalah fatwa yang dikeluarkan oleh majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa al-Azhar. Begitu juga Sheikh Sya’rawi dalam bukunya Anta Tas’al Wa Islam Tujib (Anda Bertanya Islam Menjawab) bahawa minyak wangi yang menggunakan alcohol tidak najis.

Thursday, July 15, 2010

permata hati

HATI manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya,
Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati,
Hati itu milik Tuhan bukan milik tuan,
Dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia..
belajarlah IKHLAS dalam setiap amalan yang dikerjakan
kerana ia merupakan satu USAHA untuk merawat penyakit hati..

Thursday, August 20, 2009

SABAR ITU INDAH

Jika langit hendak runtuh
bagaimana jari hendak menahannya
kita hamba yang dibatasi takdir
disitulah nokhtah segala tadbir

hitungkanlah laut kesyukuran
dipinggir pantai kebatuan
semaikanlah hikmah tuaikanlah iktibar
sabarlah dalam bersabar

betapa pun terasa pahit
janganlah hendak tercalar tauhid
sesungguhnya sabar itu inda
didikan terus dari Allah

Ujian itu penebus dosa
meningkatkan darjat menambahkan pahala
bingkisan kasih dari yang Esa
bagai ombak...
penghias samudera

BIARKAN

"Biar nafsu sunyi tanpa godaan,
biar kaki sunyi tanpa berjalan,
tetapi jangan biar akal sunyi tanpa Ilmu dan
jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah"
"Biar mata buta jangan buta hati,
biar bibir kelu jangan kelu kalbu,
biar jasad bersemadi jangan iman mati. Iman itu penyuluh jiwa,
bila Iman mati gelaplah hati butalah nurani"

TIP UNTUK KEKASIH

  • Kasihlah kerana Allah,itulah kasih yang sejati dan abadi.
  • kasihi dahulu kemudian baru dikasihi.
  • kasih itu menuntut pengorbanan, tanpa pngorbanan kasih tiada akan berpanjangan.
  • jangan mengharap balasan dari kasih yang diberi kerana kasih yang suci tidak menuntut balasan
  • jangan bimbang jika tidak dikasihi tetapi bimbanglah ji9ka kita tidak boleh mengasihi.